""

Thursday, November 25, 2010

RAHSIA CINTAKU

Inilah saat-saat yang paling aku geruni dan penuh tragis. Aku mula-mula bertentang mata dengannya sejak kecil lagi. Namun..., tidak pernah bertegur sapa... apatah lagi hendak memandang wajahnya. Namun, kehadiranmu kali ini telah mengubah kehidupanku. Su, Aiman, Shah, Moon,DEE, dan Eric telah lama mengenali mu dan engkau mampu memberikan ketenangan yang dicari. Bermula daripada Aiman memperkenalkan aku dengan mu sehingga kita meneruskan percintaan ini tanpa pengetahuan ibu bapa ku.

Maafkan aku sayang kerana sesungguhnya untuk memiliki mu memerlukan keberanian dan kecekalan, perlu menanggung pelbagai penderitaan. Tanggal tarikh keramat hubungan kita iaitu 27 Jan, ketika ibu bapa ku tiada di rumah, engkau dan aku rebah dalam keasyikan malam...Tatkal ini aku rasakan sungguh bahagia berada dalam dakapan mu. Dan aku yang selama ini menjaga adab seorang gadis, sudah jauh ketinggalan dan keterlaluan...

Tidak bertemu sehari, bagaikan setahun lamanya. Betapa cinta kita sukar dipisahkan, wajah mu hadir membuat aku gila bayang. Namun... takdir penentu segalanya. Panas ku harap hingga ke petang hujan pulak di tengah hari. Aku rela dipeluk mu... dan kita lemas dalam lautan asmara...yang syahdu dan mengghairahkan... Sayang hubungan kita akhirnya dihidu oleh ibu bapa ku.
Kita di tangkap di atas katil ku sendiri! Lantas, kita terpaksa memutuskan ikatan ini. Tidakkkkkk!!! Aku tak sanggup!! Kita telah berpadu hati dan nyawa. Aku di pukul teruk oleh ayah.

Kesan libasan tali pinggang melekat di pahaku! Pedih...bisa..arghhh aku tak peduli. Kerana keberanian kita aku masih meneruskan hubungan ini. Hubungan cinta yang penuh tragis... Kau masih membelaiku dengan sentuhan keramatmu setaip kali pulang dari sekolah di belakang bangunan terbiar...

Inilah hakikat sebuah percintaan... kau yang ku anggap kekasih awal dan akhir...namun kau hancurkan hidupku...kini...aku terlantar di hospital gara-gara mu....BARAH PARU-PARU.

Sejak itu aku bersumpah.....kau bukan kekasihku...tapi..pembunuh!!
KAU ROKOK...

HUHU....KHAS BUAT PEROKOK2 SKALIAN.....

TIADA KENE MENGENA DGN KISAH CINTA AKU..HEHHEH


3 comments:

Seindah Bicara 2 said...

huh. aku mmg x suke rokok.. klw ade yg smoke tu, rse nk sekeh2 pon ade. huh..

ierahaziera said...

hahahaa...
ingatkan pe la td

amira said...

haha.. dah agak dah~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...