""

Thursday, November 11, 2010

SANTAI...

1. Sepasang suami isteri bergaduh, tidak bertegur sapa sudah beberapa hari. Suatu hari, Si Suami ingin berbaik semula dengan Si Isteri. Caranya, dia telah menulis satu nota yang berbunyi, "KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI ESOK". Pagi esoknya Si Suami lewat bangun dan terbaca nota di sisinya, "BANG, BANGUN BANG ..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI".



2. Seorang nenek di hospital dilawati cucunya. Tiba-tiba nenek terketar-ketar dan meminta kertas daripada cucu. Setelah menulis, diberikan kepada cucu tadi. Dalam kelam-kabut Si Cucu tak baca nota tersebut, dia masukkan saja dalam jeansnya. Selang seminggu kematian nenek, cucu pun teringat nota yang dia simpan (nasib baik belum basuh, maklumlah orang muda basuh jeans sebulan sekali). Dia sangka wasiat berjuta- juta RM. Tapi bila dibaca, nota berbunyi, "Woit cucu, jangan pijak getah oksigen tu, aku tak dapat bernafas".



3. Satu sukan baru diperkenalkan pada sukan SEA iaitu pertandingan KERAS KEPALA. Dimulakan dengan peserta Thai naik ke tingkat 1 dan terjun .. . whoosh! Gedegam! Dia bangun tanpa cedera. Peserta kedua, Indonesia naik ke tingkat 2 ... Zoooom! Bang! Dia bangun sambil menggosok kepala. Ok aje. Tibala peserta Malaysia . Naik ke tingkat 6. Sampai aje di atas dia hanya berdiri ... pengadil berkali-kali suruh terjun, dia tetap tak mau terjun. Akhirnya selepas bermesyuarat ... keputusan pemenang ialah dari Malaysia . [Sebab ape dia menang? Pasal dia KERAS KEPALA tak mau terjun ... :)]

1 comment:

Safinaz Hanum Ahmad Anuar said...

hahaha... lawak lunch hour nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...