" "

Monday, December 13, 2010

KISAH SEORANG CIKGU TADIKA


Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.

7 comments:

Bee said...

haha sendiri mau ingat lah cikgu tu kan...nice entry..

Solihin Zubir said...

hahaha.. amek kau! tobat terus pastu.. hehe..

Mawar Merah said...

Kikiki. Pdn muka cikgu bongok tu.

SyahmiFikri said...

menarik... bengong la.. kakkaah2

AzwaZynal said...

hahaha.. cerita ni memang sesuai bagi budak2 kecik zaman sekarang ni baca tau.. :)

ammboi said...

hahaha...padan muka cikgu camtu..
x hbs2 nak rosakkan akidah orang kan..
mintak2 la kat malaysia ni xde njs cikgu camtu...

apek poyo said...

apo nak jawab cikgu...sekulah tadika..wahahahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...