""

Tuesday, December 7, 2010

BERBANGGALAH WAHAI PENGGUNA PERODUA KELISA


Pada suatu malam yang hening dan sunyi di Lebuhraya Utara Selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah
lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan
kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-tiba datanglah sebuah kereta evo10 berhenti di sebelah
kelisa tadi.

“Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?” tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.

“a’ha rosak” jawap pakcik tu simple aje….

“Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol” mamat nie bagi idea.

“worrait gak tu…”, tapi….nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam”

“Ok pakcik”.. mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kelisa didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalan la.. dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun
hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo10. Apa lagi, jiwa muda pantang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie… lupa la pulak dia dengan kelisa orang tua yang diikat kat belakang
kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi higt beam bagai nak rak. Mamat evo10 tu dah tak sedar dah
angin punya pasal.

Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm…. bedesup peginye… ini dah lebih speed limit nie… kate polis nie.. cecah 250kmj memasing nie… Dia pun contact
la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yang laju nie…

“Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari, sebuah evo10 dan sebuah lagi kalau aku
cakap korang mesti tak percaye punye…… sebuah kelisa putih tengah cucuk angin evo10 tu dan bagi hon dan high beam nak potong!!!”

9 comments:

EzzEddin said...

ihihi..memang style la kelisa putih tunda..klakar :P

Anis izyan Abd Rahman said...

hahaha
kelise tuh memang terbaik~

mama wanie said...

heheh...

X-car mama dulu kelisa biru..
huhu....
windu....

me suya said...

dulu kelisa silver..tp selalu rosak.. tukar siputih ini pula.. miss kelisa :)

Nancy Poh said...

ahaks..kelisa pun dapat nama sebagai kereta lumba..haha

icak88 said...

hahaha...lawak owh

ctpayong said...

abang traffic mesti pelik kelisa cucuk angin evo10...

zubai said...

suka dengan cerita kelisa putih ni...wakkakakka

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...