Gambar
Sarip baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.
Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Sarip naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Sarip mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.
Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Sarip terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Sarip tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang,
Sarip berkata, "Kak... Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar..."
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KEMIK
Sarip baru habis main bola sepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Sarip dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bola sepak.
Keesokan harinya, Sarip membawa kereta itu ke workshop. Mekanik di workshop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Sarip, cuba nak mempermainkan Sarip. Dia memberitahu, sekiranya Sarip meniup melalui lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.
Maka, Sarip pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Sarip meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.
Teman serumahnya, Jidin keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Sarip menjelaskan kepada Jidin bagaimana mekanik di workshop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanya akan kembung semula.
Jidin menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata, "HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu!"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BUKU TELEFON
Sarip merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran. "Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Sarip. "Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas.
"Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan! " kata Sarip.
"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi.
"Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"
Pustakawan tersebut berkata, "Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telefon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MASA
Sarip: "Jidin, skrang dah pukui brapa?"
Jidin: "3:15 petang."
Sarip: (dgn mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat sumer orang nak menipu dengan aku ari nih?"
Jidin: "Awat lak? Bila lak aku tipu hang?"
Sarip: "Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari jugak la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama..."
5 comments:
hehe.. lawak ah ! ;p
betul la sarip ni sengal -.-
kehkeh.
tak tahan Ai nk gelak.
(^_^)
hik3
hahaha.sengal la sarip nih.huhu.
Post a Comment