" "

Thursday, November 25, 2010

JOM REHATKAN MINDA

Salah Tafsiran

Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".




Jabar, Rumahmu Terbakar


Di sebuah kedai potong rambut, seorang pemuda sedang dicukur rambutnya. Tiba-tiba masuklah seorang pemuda lain yang kelihatan panik dan berteriak kebingungan, "Jabar, rumahmu terbakar. Ayuh cepat …!!"

Spontan pemuda yang sedang dicukur rambutnya tersebut segera bangkit dari tempat duduknya tanpa mempedulikan rambutnya yang belum selesai dicukur. Dia berlari bagaikan orang gila kerana panik. Setelah berlari sepanjang kurang lebih 1 km, tiba-tiba dia berhenti.

"Hey," dia berkata pada dirinya sendiri, "Buat apa aku berlari? Namaku kan bukan Jabar". Adui




Akhir Dari Sebuah Pertengkaran


Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.

Pian: "Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?"

Amat: "Ya betul..."

Pian: "Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?"

Amat: "Akhirnya dia berlutut di depan aku..."

Pian: "Wuahhhh hebat sekali kau... kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?"

Amat: "Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"

Pian: "@#$!%^&%"

Giveaway Kecantikan #5


YEAAAAY......

KALI NI NAK JOIN GIVEAWAY ANJURAN DINI LAK....

HADIAH DYE MMG BEST....

SYARAT2 PYERTAAN PON SIMPLE JE....

NAK JOIN?

KLIK SINI

RAHSIA CINTAKU

Inilah saat-saat yang paling aku geruni dan penuh tragis. Aku mula-mula bertentang mata dengannya sejak kecil lagi. Namun..., tidak pernah bertegur sapa... apatah lagi hendak memandang wajahnya. Namun, kehadiranmu kali ini telah mengubah kehidupanku. Su, Aiman, Shah, Moon,DEE, dan Eric telah lama mengenali mu dan engkau mampu memberikan ketenangan yang dicari. Bermula daripada Aiman memperkenalkan aku dengan mu sehingga kita meneruskan percintaan ini tanpa pengetahuan ibu bapa ku.

Maafkan aku sayang kerana sesungguhnya untuk memiliki mu memerlukan keberanian dan kecekalan, perlu menanggung pelbagai penderitaan. Tanggal tarikh keramat hubungan kita iaitu 27 Jan, ketika ibu bapa ku tiada di rumah, engkau dan aku rebah dalam keasyikan malam...Tatkal ini aku rasakan sungguh bahagia berada dalam dakapan mu. Dan aku yang selama ini menjaga adab seorang gadis, sudah jauh ketinggalan dan keterlaluan...

Tidak bertemu sehari, bagaikan setahun lamanya. Betapa cinta kita sukar dipisahkan, wajah mu hadir membuat aku gila bayang. Namun... takdir penentu segalanya. Panas ku harap hingga ke petang hujan pulak di tengah hari. Aku rela dipeluk mu... dan kita lemas dalam lautan asmara...yang syahdu dan mengghairahkan... Sayang hubungan kita akhirnya dihidu oleh ibu bapa ku.
Kita di tangkap di atas katil ku sendiri! Lantas, kita terpaksa memutuskan ikatan ini. Tidakkkkkk!!! Aku tak sanggup!! Kita telah berpadu hati dan nyawa. Aku di pukul teruk oleh ayah.

Kesan libasan tali pinggang melekat di pahaku! Pedih...bisa..arghhh aku tak peduli. Kerana keberanian kita aku masih meneruskan hubungan ini. Hubungan cinta yang penuh tragis... Kau masih membelaiku dengan sentuhan keramatmu setaip kali pulang dari sekolah di belakang bangunan terbiar...

Inilah hakikat sebuah percintaan... kau yang ku anggap kekasih awal dan akhir...namun kau hancurkan hidupku...kini...aku terlantar di hospital gara-gara mu....BARAH PARU-PARU.

Sejak itu aku bersumpah.....kau bukan kekasihku...tapi..pembunuh!!
KAU ROKOK...

HUHU....KHAS BUAT PEROKOK2 SKALIAN.....

TIADA KENE MENGENA DGN KISAH CINTA AKU..HEHHEH


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...